06 November 2016

Suri Hati Mr. Pilot dari kacamata bukan surihati dan bukan pilot

Hello bro !
Salam alayk. Dah makan? Wuuhhuu... Tengah buat apa tu?

Okay, nak tanya... Siapa peminat drama melayu?? Angkat tangan ! Ok. Mungkin ada yang angkat. Since aku pun antara penggemar drama *ehhemm* so, aku pun actually tengah angkat tangan.

Sebahagian dari kita, mesti ada yg menonton #SuriHatiMrPilot kan? Ha, jangan tipu... sebab kalau korang tak tengok, mana datang rating 5 juta penonton tu??!!
Yes, mereka mencatat rating tertinggi drama melayu sebanyak 5 juta penonton. Banyak tu...

Sebagai seorang penonton yang dikira terer jugak bab nak nilai2 orang ni ahaha bongkaknya engkau, aku juga bersetuju dengan lagi ~5 juta org tu.
Makin tua ni dah jadi akak-akak tak dan dah nak tengok drama... melainkannnn melainnkaann ianya memang sgt catchy dan menarik.
Drama last aku tengok bebetul, ialah : Alif Imani (yang ni aku takmoh terlepas episod pun hewhew)
Yang lain haram lah aku nak follow. Penat tengok drama orang drama kehidupan sendiri pun dah banyak konflik.

Ok. Back to #SHMP
1. Drama ni adalah antara drama melayu yang pace dia laju takde lagging dan tak meleret I can say. Sebab tak terlalu lamalah masa dorang happy pap pap pap dah konflik. Hence, dia cuma ada 16 episod sahaja. Cepat kan? Walau macam manapun, dalam 16 episod tu dah cukup, intro yang romantis, konflik, dan ending... ada happy, ada sedih ada geram adan marah, ada kecewa, ada bahagia... orang kata kalau benda ni adalah masakan, dah cukup rencah.

2. Para pelakon yang mampu grab attention penonton.
Ini adalah keypoint dalam drama. Pelakon kalau sedap mata memandang memang ada potensi nak naikkan rating drama. Ahhaha dah fitrah mestilah kita nak tengok benda cecantik je kan. Neelofa tu punya cun, feat Fattah yang boleh tahan kacak dan sasa puleekk tu, Menggeletis la para penonton hewhewhew. Nak jadi cerita, Fattah dan Lofa ni punyalah ramai peminat suka kat derang sampai ada yg doakan dorang bercinta dan kahwin in real life ! Ini lagi normal, bila pelakon tu ada chemistry yg kuat, dan maknanya they made Ejaz and Warda real !! Wuuuu tahniah!
Satu lagi point ialah relationship dan chemistry antara pelakon dan team produksi akan menghasilkan drama yang sangat dekat di hati penonton. We can feel that bro! Memang kitaorang dapat rasakan ini adalah antara team yang bagus.

3. Skrip yang real.
Even ada scene scene dalam drama ni yang macam pelik... dan tak make sense haha, but it's okay. Nama pun drama uolls, dramatik la sikeett. Tapi apa yang aku nampak, skrip dia best. Matang. dan realistik. Tak meleret dan straight serta mudah orang nak paham. Sesuai untuk entertainment. Walaupun pada aku drama ni sebenarnya berat, tapi dia nmpak santai sebab skrip dia real...U got what I meant?

4. Improvement pelakon. Yang ni best. I heard before yang Fattah Amin berlakon kayu... and tbh I don't like Neelofa berlakon k.(Walaupun macam mana cantik dia). Tapi still director amik dia berlakon and nahhhhh ! Fattah tak kayu dan Neelofa had played Warda so well. Dengan lakonan yang natural dan real. Kalau sape cakap Lofa gedik dan control cun, well hello... dia memang cun k buat apa pun cun....
And this drama adalah highlight untuk Lofa sebab lama sangat tak berlakon, so when she did good, hurrmm takleh nak kata apalah, mesti jadi satu platform untuk karrier dia berkembang lagi. Lagi semua orang suka, macam quality over quantity... Buat comeback yang gempak lah begitu.

5. Ok. Aku paham... sekarang they tried to be real. Macam ada scene dalam kokpit etc etc, it's a good try.... And I like that. Nampak lah drama kaya, sebab kalau miskin scene airport ada kat entrance jeee hewhewhew. And they wanted to play macam brilliant, boleh buat lagi cemtu tau semua pengarah. Penonton suka. Fefeling hollywood ngan korea.

6. Sampai sekarang ia memberi kesan. Memanglah baru je beberapa hari habis kan. Tapi sebagai penonton, kalau ada impak macam ni, memang drama ni adalah kejayaan yang besar.

Ok lah. mungkin itu sahaja. Dah kata kan aku bukan surihati dan bukan Pilot. Kalau tak byk lagi comments. Ahahaha.
Untuk rekod, sebagai orang yang pernah menyertai sesebuah produksi (tak kiralah kecik ke peringkat sekolah ke peringkat universiti ke negara ke) salah satu benda yang sangat2 diterapkan dalam team ialah trust dan kerjasama. Nak bina chemistry ni tak mudah, kena ada usaha untuk faham ahli2 team kau dan kena sama-sama sepakat. Once dah dapat chemistry tuu, ish nak buat kerja lain pun teringat-ingat.  DAN YANG PALING SUSAH NAK DIBUAT IALAH NAK MOVE ON DARI TEAM walaupun apa yang kita usahakan tu dah tamat. Macam dorang, aku paham wehh kenapa Fattah takleh move on, Neelofa tak leh move on. Berbulan buat kerja sama-sama. Aku yang sebulan lebih ni dulu pun susah move on. Hal-hal teamwork kalau dah lekat, susah nak tanggal. Ahahahaha. Tak salah nak terus jalinkan hubungan baik sesama untuk future, eh!

Kudos to #SHMP team. You guys did well untuk  bagi hiburan dan pengajaran untuk kitaorang semua.
Till next time. adios!

*nak stalk deme ni kau bukak je IG melambak fans gigih buat account, post buat video la bagai. :)


No comments: