23 January 2017

Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah

Hello love! 
Baru habis tengok #AJL31 !! Through live streaming,  hahaha gigih tak gigih. 

AJL ni antara medium untuk tgk live performance yang menarik,  boleh mengeratkan hubungan sbb akan mesti tengok sesama kat tv dan boleh jadi juri tak berbayar!

And this year,  #LelakiTeragung menang juara lagu.  Tahniah Dayang!  (bajet dayang baca pulek)
Pada aku lagu ni di samping kekuatan vokal Dayang, dia punya strength pada lyrics. Dan arrangement muzik.  Pendek kata semualah.  Lyrics dia bagi orang biasa pun dah memukau,  kalau bagi orang yang ada meletakkan seseorang sebagai lelaki teragung beliau,  pehh lagilah, the feels memang menusuk.  I like part 'Kaulah.... Kekasih di dunia,  dan di syurga'. Arrangement muzik pula kena dengan lirik.  Lagi-lagi dengan suara Dayang,  dan series #7harimencintaiku.  Aku tak tengok sangat drama tu sbb episodes dia banyak juga,  dan Mia... Aku tak suka watak Mia. ( then tahniah untuk si cantik manis Siti Saleha,  kira dia dah berjaya 200% menjadi Mia)   cuma bimbang kalau kalau ada Mia di dunia nyata,  tak mungkin ada Khuzairi kedua. Dan lukisan kehidupan orang takkan sama. Mungkin Mia di dunia nyata (kalau ada) takkan sebahagia Mia #7HM. Atau jika ada Khuzairi kedua, mungkin pasangannya bukanlah Mia. Takut menjadi Mia. 

Mendengar #LelakiTeragung yang boleh membuai kita semua, the feels from Dayang,  created goosebumps all the way.  Memang meremang. For now, I wish I can dedicate the song to my dad!  My 23 nearly 24 years living,  he has been so supportive, so loving and very responsible towards me. 
.

And me,  as a girl,  wishing:Kalau satu hari ada seorang lelaki yang akan menjadi pembimbing aku,  biarlah dia kekasih di dunia dan di syurga. 

Dan dia juga seorang lelaki teragung. Mampu menyayangi my mom and my dad as how he loves his parents.
.
Love.

No comments: